Tahniah !!!

Kami mewakili semua warga SMK Taman Molek nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pengantin dan bakal pengantin warga SMK Taman Molek,

“Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan”

Posted in Uncategorized | Leave a comment

aPDM (Sistem Maklumat Murid Online)

Selamat Bercuti kepada semua guru…dalam cuti ni diharapkan semua guru tingkatan meng‘UPDATE’ aPDM supaya keluar masuk pelajar dalam kelas cikgu sama dengan buku register. Ini untuk memudahkan guru- guru mata pelajaran dapat memasukkan markah ujian pertengahan tahun dengan lancar tanpa sebarang masalah. Sekian untuk makluman..

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Cuti Pertengahan Tahun

Selamat Bercuti kepada semua guru dan pelajar SMK Taman Molek. Kepada pelajar yang terlibat dengan kelas- kelas tambahan diharapkan…rajin- rajinlah ke kelas tambahan PMR dan SPM dah dekat…

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua guru seluruh Malaysia khasnya guru- guru SMK Taman Molek. En Azlan sebagai pengerusi BERKAT SMK Taman Molek telah merancang aktiviti untuk Hari Guru yang disambut pada 16 Mei 2012 (Rabu)…bersama- sama kita meraikannya

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Semoga Berjaya

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 telah bermula…kami mengharapkan semua pelajar berusaha bersungguh- sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Hari Kokurikulum 2012

Semua guru dan ajk unit uniform, kelab/persatuan, dan sukan & permainan boleh membuat perancangan aktiviti sempena Hari Kokurikulum disamping Pesta Bola Sepak dan Bola Jaring peringkat SMK Taman Molek yang dijangka akan diadakan pada 28 April 2012 (Sabtu)

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Perhatian kepada semua guru dan pelajar….Peperiksaan Pertengahan Tahun akan bermula pada 2 Mei 2012 (Tingkatan 4 & 5) dan 17 Mei (Tingkatan 1,2 dan 3). Diharap semua pelajar telah membuat persediaan awal.

Posted in Uncategorized | Tagged | Leave a comment

Pengisian Data SSDM Online

Makluman kepada semua guru tingkatan…sila isikan maklumat pelajar dalam SSDM online di alamat : http://apps.moe.gov.my/ssdm/

Sila gunakan internet explorer (IE) untuk mengelakkan keciciran data semasa pengisian.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Tahniah Atlet MSSD

Tahniah buat atlet serta pengurus, jurulatih, dan pengiring di Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Pasir Gudang kerana berjaya menempa nama dalam MSSD (Tempat Ke-3).

Posted in Uncategorized | Tagged | Leave a comment

Kemaskini aPDM (SMM Online)

Salam

Makluman kpd semua guru tingkatan, sila update maklumat ibu bapa dan pendapatan untuk semakan kelayakan penerima bantuan dan biasiswa.

Ini alamat terbaru aPDM : http://www.sekolahmalaysia.com/index.php

Posted in Uncategorized | Leave a comment